Selasa, 24 April 2012

Masa Yg Pantas Berlalu....

Salam.... al-fatihah bt saudaraku Mohd Syukri yg kembali kerahmatullah pd hari ini (24 April 2012 , Selasa), ku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dlm golongan orang-orang yg beriman... amin....

Semakin hari tanpa kita sedar masa semakin pantas berlalu.... setiap drpada kita mengisi masa yg dlalui dgn cara masing2.. samaada disi dgn baik atau sebaliknya.. sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dr sikap alpa termasuk lah aku sendiri. Tp xkan selamanya nk ada sikap sebegitu, mesti cepat sedar dan cuba sedaya upaya melawan sikap negetif dlm diri. Hanya kita yg lebih mengenali diri kita.... mn baik dan buruk, jd sedaya upaya lah memperbaikinya.... (peringatan utk dr sendiri).

Masing2 ada cara tersendiri nk jd baik kan... bg aku, wlu sebusy mana pun kita jdkan lah solat itu keutamaan... apabila solat sempurna masa yg kita lalui akan penuh bermakna ;).... tp klu rs tak sempurna jg hidup tambahkan lg dgn amalan membaca al-quran setiap malam atau ikut ms yg terluang.... InsyaAllah....

Selain itu, byk lg kebaikan yg blh kt lakukan dlm kehidupan yg singkat ini..... InsyaAllah akan aku lakukan semampu yg boleh demi mencari redhaMu ya Allah.....

Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat..... amin......

Kekayaan atau kesihatan yang penting?


Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.

Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. Antara cara asas menjaga kesihatan kita:

1. Jaga pemakanan kita - jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula. Lebihkan buah buahan dan sayur-sayuran. Makanan terbaik adalah makanan organik (tidak diproses).

2. Bersenam selalu - lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapat dilakukan. Tidak minat dengan sukan? lakukan senaman-senaman mudah dari rumah (Turun naik tangga juga bersenam!)

3. Cukupkan rehat - Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.

~ Banyak yang saya perhatikan, pada masa muda,  kita tidak hiraukan kesihatan demi mengejar kekayaan namun apabila telah meningkat dewasa dan tua, kita akan korbankan kekayaan kita demi mendapatkan semula kesihatan kita.

~ Jadilah orang yang lebih bijak dengan melindungi pendapatan kita dan pada masa yang sama menjaga kesihatan kita sebaik mungkin.

Selasa, 3 April 2012

Si Berlagak


Aku rasa smua org pernah jumpa manusia yg jenis ni kan.. memang masak nk mengadap @ berkawan dgn dorang. Kesanya boleh buang masa, makan hati, benci dan sebagainya lah... jns mcm ni baik xpayah buat kawan ye... langsung xmenguntungkan kalau xleh kontrol...
Kene byk2 bersabar... boleh tambah pahala jg kut bg yg kuat iman... hahahhaha, melalut plak aku.. bukan pe,    aci tak kalau aku nak share crita sikit. mana baik jdkan tauladan sebaliknya jd sempadan k...
malas la rs nak crite detail.. kan nampak mengumpat plak... huhu
Nak tanya la, apsal klu beli pape atau ada 'thing' lebih sikit dr org lain nak kene kecoh2 bising nk smua org tau... xke namanya menunjuk, mengada2 dan bla2...
kalau xcakap pun org boleh tau juga, lg org respect dgn kita kan.... klu duk bising2 benda yg ntah pape, org meluatttt ada la...
semoga aku dan seluruh keluarga tak tgolong dlm kumpulan tu... amin....

Ahad, 1 April 2012

Penghawa Dingin Mudah Alih


Bulan ni  aku and hubby mmg nekad nak cr portable air-cond utk rumah sewa kitorg, al maklum lah rumah orang xbest juga nk main tebuk suka hati. Cuaca plak agak panas sekarang kesian kt my baby dh naik ruam peluh dekat dada n dahi dia. 

So hari ni kitorg pegi la ke senQ di KB Mall, pilih punya pilih jumpa la brand MEC : iPort G9000 PRIC. Produk ni baru lagi di pasaran.... xpayah letak ais just smbg kt plug je dh leh guna... yg aku beli ni 1.5 HP. Boleh tahan la sbb badan dh tak kuar peluh cam biasa, malam ni blh la tdo lena.. kui2... Bulan pertama nk layan dl benda ni puas2, tgk camne bil letrik naik kaw2 tak... hahahaha, tapi bab kata org keselesaan tak boleh dibeli dgn wang ringgit kan, btul tak?? ... -_<

Jadi sesape yg nak pakai air-cond  tp mudah alih ni mmg aku syorkan sgt, sbb betul2 puas hati dgn xpayah nk tgu org pasang dl. kita pasang sdiri dr a-z, blh pasang kt mana korang suka nama lg mudah alih... kakakakaka... 

Tapi yg bt aku suka design dia moden, simple n bergaya... hohoho

cont...

Semalaman test aircond tu... mmg puas hati sgt, hubby sampai m'gigil2... hihi


Entri Lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...