Khamis, 27 Disember 2012

HANTARAN TUNANG PINK + PURPLE


Alhamdulillah selamat sudah berlangsung majlis pertunangan adik ipar aku pada 25 Dis 2012, berikut aku nk share hantaran tunang yang aku sempat buat. Cuma amik masa 1 setengah  hari saje, dh xde idea nak buat then terhasil lah seperti yg d bawah: hihi

Tempat letak cincin

Kain 





Tuala 

blueberry cake yg tersangat sedap

Hantaran 5 berbalas 7 dr pihak perempuan. Semoga pertunangan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. aminn

Rabu, 29 Ogos 2012

LOUIS VUITTON

Boleh dikatakan semua org mengidamkan brand ni kan, xkira lelaki atau perempuan. Ciri2 pd beg brand ni ada keistimewaan tsendiri. Klu yg original ofcoz la sgt bkualiti. Nak d kongsikan 1 crite, aku terasa agak terkene sgt la. 1 hr dok layan FB terbelek la page org jual beg brand LV ni. Tak original pun tp type A la... aku pun ingatkan type A ni ok pasang hajat la nk beli. Dah tgk testimoni pembeli yg lepas2 ckp bukan main baek lg brg dia jual... so aku beli la yg ni:


Berkenan punya pasal aku beli 2, xnak la ckp kt page mana aku beli ni sbb tpulang pd masing2 nk nilai suke ke x. Sume ni RM 230. Padahal ada lg yg jual lg murah. Ingat dpt yg lebih sikit oknye huhu....

Kesimpulan yg aku dapat dari pembelian aku ini ialah jgn nk pandai2 beli beg x ori secr online sbb mmg hampeh. Nak pakai LV simpan duit dan beli yg original... terjamin!!

Selasa, 28 Ogos 2012

myBirthday - 2012

Tahun ni genap 27 thn suda.... rupanya dh lebih suku abad aku hidup di dunia ni, dh terlalu byk seribu 1 rs yg aku lalui. Aku bersyukur aku lebih baik dari semalam... dan aku akan sedaya upaya mungkin utk menjadi lebih2 dan lebih baik. First nak menjadi hambaMu yg terbaik.... aminnn...

Okay now nk share ape hadiah befday yg hubby kasi tahun ni... bukan menunjuk2 k, juz nk share kegembiraan ajer... kui2



GORGEOUS GARDENIA Flora by GUCCI.... yg ni EDT 100ml, sesuai la dgn aku yg lepak kt rumah.. klu  keje ofis better EDP sbb lebih tahan lama. yg ni tahan 7hour only. Bau dia sweet sgt.... sesape yg suka bau lembut n manis2 gitu leh la try... sure xmenyesal! Thanks to muhubby, now aku dh mula pcayakan 'taste' dia....

Jumaat, 3 Ogos 2012

STRESS KE?????

Hari dah 13 ramadhan... bulan yg penuh keberkatan. bulan yg aku ingin penuhi dgn amal kebaikan. Semoga amalan puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.. dengan kesempatan masa yg Tuhan berikan akan aku perbaiki sebaik mungkin selagi terdaya. Namun aku manusia biasa yg x terlepas drpd dugaan.... mungkin datang dr diriku yg penuh dgn kelemahan......
eh adakah aku stress..... wa, xnak2!!!!! maybe tgh2 bulan ni biasa la emosi agak tganggu..... huhuhu


Jumaat, 6 Julai 2012

Think Positive

Susahkah untuk berfikiran positif?
Ya, memang susah untuk berfikiran positif jika salah caranya. Tetapi, andai nya anda mempunyai asasnya. Ia menjadi lebih mudah seperti :

1. Bersangka baik dengan sesiapa saja.
Niatkan dalam hari, anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling anda.

2. Tumpukan pada nilai-nilai murni.
Walau siapa jua yang anda jumpa, yang anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak emosi negatif.
Jauhkan diri anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran anda.

4. Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila anda sedar yang anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak dari rasa tertekan. Kesannya, anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan ambil kisah cakapan orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada anda, bukan mereka.

7. Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.
Jangan menyalahkan orang lain tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin anda dah nak “give up”. Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda! ANDA BERJAYA..!!!

Selasa, 24 April 2012

Masa Yg Pantas Berlalu....

Salam.... al-fatihah bt saudaraku Mohd Syukri yg kembali kerahmatullah pd hari ini (24 April 2012 , Selasa), ku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dlm golongan orang-orang yg beriman... amin....

Semakin hari tanpa kita sedar masa semakin pantas berlalu.... setiap drpada kita mengisi masa yg dlalui dgn cara masing2.. samaada disi dgn baik atau sebaliknya.. sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dr sikap alpa termasuk lah aku sendiri. Tp xkan selamanya nk ada sikap sebegitu, mesti cepat sedar dan cuba sedaya upaya melawan sikap negetif dlm diri. Hanya kita yg lebih mengenali diri kita.... mn baik dan buruk, jd sedaya upaya lah memperbaikinya.... (peringatan utk dr sendiri).

Masing2 ada cara tersendiri nk jd baik kan... bg aku, wlu sebusy mana pun kita jdkan lah solat itu keutamaan... apabila solat sempurna masa yg kita lalui akan penuh bermakna ;).... tp klu rs tak sempurna jg hidup tambahkan lg dgn amalan membaca al-quran setiap malam atau ikut ms yg terluang.... InsyaAllah....

Selain itu, byk lg kebaikan yg blh kt lakukan dlm kehidupan yg singkat ini..... InsyaAllah akan aku lakukan semampu yg boleh demi mencari redhaMu ya Allah.....

Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat..... amin......

Kekayaan atau kesihatan yang penting?


Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.

Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. Antara cara asas menjaga kesihatan kita:

1. Jaga pemakanan kita - jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula. Lebihkan buah buahan dan sayur-sayuran. Makanan terbaik adalah makanan organik (tidak diproses).

2. Bersenam selalu - lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapat dilakukan. Tidak minat dengan sukan? lakukan senaman-senaman mudah dari rumah (Turun naik tangga juga bersenam!)

3. Cukupkan rehat - Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.

~ Banyak yang saya perhatikan, pada masa muda,  kita tidak hiraukan kesihatan demi mengejar kekayaan namun apabila telah meningkat dewasa dan tua, kita akan korbankan kekayaan kita demi mendapatkan semula kesihatan kita.

~ Jadilah orang yang lebih bijak dengan melindungi pendapatan kita dan pada masa yang sama menjaga kesihatan kita sebaik mungkin.

Selasa, 3 April 2012

Si Berlagak


Aku rasa smua org pernah jumpa manusia yg jenis ni kan.. memang masak nk mengadap @ berkawan dgn dorang. Kesanya boleh buang masa, makan hati, benci dan sebagainya lah... jns mcm ni baik xpayah buat kawan ye... langsung xmenguntungkan kalau xleh kontrol...
Kene byk2 bersabar... boleh tambah pahala jg kut bg yg kuat iman... hahahhaha, melalut plak aku.. bukan pe,    aci tak kalau aku nak share crita sikit. mana baik jdkan tauladan sebaliknya jd sempadan k...
malas la rs nak crite detail.. kan nampak mengumpat plak... huhu
Nak tanya la, apsal klu beli pape atau ada 'thing' lebih sikit dr org lain nak kene kecoh2 bising nk smua org tau... xke namanya menunjuk, mengada2 dan bla2...
kalau xcakap pun org boleh tau juga, lg org respect dgn kita kan.... klu duk bising2 benda yg ntah pape, org meluatttt ada la...
semoga aku dan seluruh keluarga tak tgolong dlm kumpulan tu... amin....

Ahad, 1 April 2012

Penghawa Dingin Mudah Alih


Bulan ni  aku and hubby mmg nekad nak cr portable air-cond utk rumah sewa kitorg, al maklum lah rumah orang xbest juga nk main tebuk suka hati. Cuaca plak agak panas sekarang kesian kt my baby dh naik ruam peluh dekat dada n dahi dia. 

So hari ni kitorg pegi la ke senQ di KB Mall, pilih punya pilih jumpa la brand MEC : iPort G9000 PRIC. Produk ni baru lagi di pasaran.... xpayah letak ais just smbg kt plug je dh leh guna... yg aku beli ni 1.5 HP. Boleh tahan la sbb badan dh tak kuar peluh cam biasa, malam ni blh la tdo lena.. kui2... Bulan pertama nk layan dl benda ni puas2, tgk camne bil letrik naik kaw2 tak... hahahaha, tapi bab kata org keselesaan tak boleh dibeli dgn wang ringgit kan, btul tak?? ... -_<

Jadi sesape yg nak pakai air-cond  tp mudah alih ni mmg aku syorkan sgt, sbb betul2 puas hati dgn xpayah nk tgu org pasang dl. kita pasang sdiri dr a-z, blh pasang kt mana korang suka nama lg mudah alih... kakakakaka... 

Tapi yg bt aku suka design dia moden, simple n bergaya... hohoho

cont...

Semalaman test aircond tu... mmg puas hati sgt, hubby sampai m'gigil2... hihi


Jumaat, 30 Mac 2012

Merancang kepintaran bayi




Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran. Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.
Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:
1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

Khamis, 29 Mac 2012

Faktor Yang Menjadikan Kita Pelupa

Disini,saya ingin berkongsi info-info menarik tentang faktor-faktor yang menjadikan anda pelupa menurut pandangan Islam.Ada sesetengah daripada faktor ini diperakui oleh dunia Sains sebagai penyebab manusia menjadi lupa.Segala informasi ini telah diberikan oleh Ustaz Hanif Hj Ghazali yang menulis didalam buku karangannya “40 Amalan penerang hati dan penguat ingatan” tentang amalan yang patut dan tidak patut diamalkan oleh kita semua untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan kita.Semoga info yang diberikan oleh beliau ini dijadikan pedoman oleh kita semua untuk memperkuatkan ingatan
23 Faktor-faktor yang menyebabkan kita menjadi pelupa
1. Melakukan maksiat dan banyak melakukan dosa
2. Selalu bersedih dan rungsing
3. Makan daun ketumbar
4. Makan buah dan makanan yang masam
5. Melihat kepada yang kena sula @ lambang salib
6. Membaca tulisan yang terdapat di kepok atau batu nisan kubur (Kecuali untuk mencari kubur orang tertentu)
7. Berjalan diantara unta-unta yang dirantai
8. Membuang serangga “Tuma” yang masih hidup ke tanah
9. Berbekam di lubang tengkok
10. Melihat kemaluan sendiri atau kemaluan orang lain (tanpa sebab)
11. Makan makanan dari sisa semut dan tikus
12. Makan kepala ikan
13. makan makanan yang sudah basi
14. Onani (Melancap)
15. Makan organ dalaman binatang seperti hati,limpa,hati,jantung,paru,perut dan sebagainya
16. Membiasakan diri makan berlebihan
17. Meminum air antara suapan makanan
18. Melihat najis ketika membuang air besar
19. Suka memakan makanan ringan
20. menghisap rokok,mengambil dadah dan meminum arak
21. banyak ketawa
22. banyak makan bawang merah
23. Makan makanan yang haram
Penulisan Ustaz Hanif sangat ringkas dan senang untuk dibaca.

Selasa, 27 Mac 2012

Rahsia PERSONALITI dari jenis DARAH

Ramai memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Mari sama-sama kita lihat.


1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah


Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

33 petua dan tip kuruskan badan tanpa ubat


Petua dan Tip untuk kuruskan badan tanpa ubat boleh diamalkan seperti berikut.



1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Mahu Disayangi Suami??




Dengan Nama Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt.....Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila.

Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita.

Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?

Petua Melembutkan Hati Anak

Mengikut sesetengah pendapat, umur seperti ini perlu dimanjakan dan jangan sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap ‘degil’ sekalipun cuba la kaedah lain untuk mengurangkan degilnya itu. Kita dulu pun pernah melalui usia sebegini dan pernah bersifat degil(atau masih juga degil dah dewasa ni cuma cara nya berbeza kot). Antara kaedah yang boleh dicuba dan dipraktikkan adalah:

1. Cubalah cara ini:
  • Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
  • Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun – ubun orang yang ingin anda nasihati.
  • Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
  • Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
  • Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.

Isnin, 26 Mac 2012

Manjakan Diri

Akhirnya hari ni sempat juga bt treatment dkt Lovely Tropical Beauty Hair and Spa. Hari ni dah kali ke 2 aku dtg sini, best juga tempat ni.. di samping treatment dan suasana yg menenangkan miss eyra owner spa ni mmg baik sgt. So, sempat sembang2 share jamu2 yg baik utk kesihatan. Kat spa tu byk la rawatan yg dorang providekan antaranya blh rujuk kat sini >> Lovely Tropical , tapi yg aku buat hari ni :-
:: Traditional massage
:: Hand spa
:: Sauna 
:: Scrub
:: Facial vit-C

Sume skali RM 200++ da lupa real amount... huhu, harga tu plus skali dgn jamu 'Kemara Ayu'

So nk share skit kelebihan dia, jamu ni digunakan secara tradisional utk mengeluarkan angin, melancarkan peredaran darah, mengurangkan keputihan, meningkatkan tenaga dan kesihatan wanita.. ok done!! 06:34 PM

Sabtu, 24 Mac 2012

myNew nieCe

Dengan excitednya seawal 04:00 AM aku, myBby Al-Fateh n myhuBby bertolak balik ke Trg sbb nk jumpa myNew niece - Muhammad Umar Yazid :), nasib baik terjaga 4:00 pg tu pun set alarm... hihi..
Alhamdulillah selamat sampai destinasi jam 07:30 pg, bby umar still lg kt hospital snz sbb bby kuning.. kesian umar, semoga umar kuat dlm perjuangan hidup di dunia ni yer... ibu doakan umar cepat sembuh..

Jumaat, 23 Mac 2012

myFirst tiMe sTory

Alhamdulillah dpt juga siapkan blog ni, wlupun xsecanggih blog2 lain... thanks for myhubby yg byk membantu n ajar dr mula sampai sy pandai... wink!!
Actually dh lama minat nk b'blog ni, ye la di samping dpt ceritakan pengalaman suka duka kita dpt juga share info2 berguna utk diri sdiri atau sesapa yg sudi baca... berbanding facebook i lg suka blog kut.. bg aku facebook terlalu open n xde privacy la... xtau org lain fikir cane plak, depend pd dr msg2...


Entri Lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...