Mengikut sesetengah pendapat, umur seperti ini perlu dimanjakan dan jangan sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap ‘degil’ sekalipun cuba la kaedah lain untuk mengurangkan degilnya itu. Kita dulu pun pernah melalui usia sebegini dan pernah bersifat degil(atau masih juga degil dah dewasa ni cuma cara nya berbeza kot). Antara kaedah yang boleh dicuba dan dipraktikkan adalah:
1. Cubalah cara ini:
- Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
- Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun – ubun orang yang ingin anda nasihati.
- Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
- Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
- Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
2. Bacaan dari al-Quran yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak:
Membaca surah Thaha ayat 1-5
Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
Membaca bismillah 5 (3 kali )
3. Baca Ya Muqit berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah S.W.T.
4. Cara ini juga boleh dicuba
1) Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak sebanyak 3 kali.
2) Usapkan kepala anak dan berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
3) baca al-fatihah dan baca surah taha ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3kali. {“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI”} dan hembuskan pada makanan/minuman.
5. Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur.
“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.” [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]
Kaedah2 ini bukan sahaja boleh dipraktikkan untuk mengurangkan degil untuk anak kecil, malah boleh dilakukan keatas semua peringkat usia terutama untuk orang yang kita sayang. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T segala usaha kita akan berhasil.
Jom amalkan Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri
Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
Di sini, ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imranbermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirahdibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imraniaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.
إن شاء الله…
sumber :http://www.gelagatkita.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan