Jumaat, 30 Mac 2012

Merancang kepintaran bayi




Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran. Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.
Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:
1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

Khamis, 29 Mac 2012

Faktor Yang Menjadikan Kita Pelupa

Disini,saya ingin berkongsi info-info menarik tentang faktor-faktor yang menjadikan anda pelupa menurut pandangan Islam.Ada sesetengah daripada faktor ini diperakui oleh dunia Sains sebagai penyebab manusia menjadi lupa.Segala informasi ini telah diberikan oleh Ustaz Hanif Hj Ghazali yang menulis didalam buku karangannya “40 Amalan penerang hati dan penguat ingatan” tentang amalan yang patut dan tidak patut diamalkan oleh kita semua untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan kita.Semoga info yang diberikan oleh beliau ini dijadikan pedoman oleh kita semua untuk memperkuatkan ingatan
23 Faktor-faktor yang menyebabkan kita menjadi pelupa
1. Melakukan maksiat dan banyak melakukan dosa
2. Selalu bersedih dan rungsing
3. Makan daun ketumbar
4. Makan buah dan makanan yang masam
5. Melihat kepada yang kena sula @ lambang salib
6. Membaca tulisan yang terdapat di kepok atau batu nisan kubur (Kecuali untuk mencari kubur orang tertentu)
7. Berjalan diantara unta-unta yang dirantai
8. Membuang serangga “Tuma” yang masih hidup ke tanah
9. Berbekam di lubang tengkok
10. Melihat kemaluan sendiri atau kemaluan orang lain (tanpa sebab)
11. Makan makanan dari sisa semut dan tikus
12. Makan kepala ikan
13. makan makanan yang sudah basi
14. Onani (Melancap)
15. Makan organ dalaman binatang seperti hati,limpa,hati,jantung,paru,perut dan sebagainya
16. Membiasakan diri makan berlebihan
17. Meminum air antara suapan makanan
18. Melihat najis ketika membuang air besar
19. Suka memakan makanan ringan
20. menghisap rokok,mengambil dadah dan meminum arak
21. banyak ketawa
22. banyak makan bawang merah
23. Makan makanan yang haram
Penulisan Ustaz Hanif sangat ringkas dan senang untuk dibaca.

Selasa, 27 Mac 2012

Rahsia PERSONALITI dari jenis DARAH

Ramai memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Mari sama-sama kita lihat.


1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah


Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

33 petua dan tip kuruskan badan tanpa ubat


Petua dan Tip untuk kuruskan badan tanpa ubat boleh diamalkan seperti berikut.



1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Mahu Disayangi Suami??




Dengan Nama Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt.....Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila.

Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita.

Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?

Petua Melembutkan Hati Anak

Mengikut sesetengah pendapat, umur seperti ini perlu dimanjakan dan jangan sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap ‘degil’ sekalipun cuba la kaedah lain untuk mengurangkan degilnya itu. Kita dulu pun pernah melalui usia sebegini dan pernah bersifat degil(atau masih juga degil dah dewasa ni cuma cara nya berbeza kot). Antara kaedah yang boleh dicuba dan dipraktikkan adalah:

1. Cubalah cara ini:
  • Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
  • Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun – ubun orang yang ingin anda nasihati.
  • Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
  • Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
  • Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.

Isnin, 26 Mac 2012

Manjakan Diri

Akhirnya hari ni sempat juga bt treatment dkt Lovely Tropical Beauty Hair and Spa. Hari ni dah kali ke 2 aku dtg sini, best juga tempat ni.. di samping treatment dan suasana yg menenangkan miss eyra owner spa ni mmg baik sgt. So, sempat sembang2 share jamu2 yg baik utk kesihatan. Kat spa tu byk la rawatan yg dorang providekan antaranya blh rujuk kat sini >> Lovely Tropical , tapi yg aku buat hari ni :-
:: Traditional massage
:: Hand spa
:: Sauna 
:: Scrub
:: Facial vit-C

Sume skali RM 200++ da lupa real amount... huhu, harga tu plus skali dgn jamu 'Kemara Ayu'

So nk share skit kelebihan dia, jamu ni digunakan secara tradisional utk mengeluarkan angin, melancarkan peredaran darah, mengurangkan keputihan, meningkatkan tenaga dan kesihatan wanita.. ok done!! 06:34 PM

Sabtu, 24 Mac 2012

myNew nieCe

Dengan excitednya seawal 04:00 AM aku, myBby Al-Fateh n myhuBby bertolak balik ke Trg sbb nk jumpa myNew niece - Muhammad Umar Yazid :), nasib baik terjaga 4:00 pg tu pun set alarm... hihi..
Alhamdulillah selamat sampai destinasi jam 07:30 pg, bby umar still lg kt hospital snz sbb bby kuning.. kesian umar, semoga umar kuat dlm perjuangan hidup di dunia ni yer... ibu doakan umar cepat sembuh..

Jumaat, 23 Mac 2012

myFirst tiMe sTory

Alhamdulillah dpt juga siapkan blog ni, wlupun xsecanggih blog2 lain... thanks for myhubby yg byk membantu n ajar dr mula sampai sy pandai... wink!!
Actually dh lama minat nk b'blog ni, ye la di samping dpt ceritakan pengalaman suka duka kita dpt juga share info2 berguna utk diri sdiri atau sesapa yg sudi baca... berbanding facebook i lg suka blog kut.. bg aku facebook terlalu open n xde privacy la... xtau org lain fikir cane plak, depend pd dr msg2...


Entri Lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...